Ismail Sabri sah Pm ke-9

Datuk Seri Ismail Sabri

 

KUALA LUMPUR– Penantian siapa bakal menerajui kepimpinan negara terjawab apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Pelantikan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara esok pada jam 2.30 petang.

Pada 16 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya selepas hilang sokongan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.