Jabatan Imigresen usir, senarai hitam Bangla samseng

Artikel tular berkenaan lelaki Bangla itu

SHAH ALAM– Bukan sahaja bekerja tanpa permit sah, malah menjadi tokey besar hasil menceroboh tanah rizab kerajaan bagi mengusahakan ladang sayur haram.

Tidak cukup dengan itu, lelaki Bangladesh berkenaan juga dikenali sebagai “Godfather ‘Bangla’ Bukit Beruntung” hasil daripada pelbagai kegiatan jenayah.

Bagaimanapun, tindakan tegas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan serta mengusir lelaki itu ke negara asal.

JIM dalam satu kenyataan berkata, serbuan terhadap lelaki berkenaan dibuat selepas kisahnya yang bertajuk “Godfather ‘Bangla’ Bukit Beruntung” tular di media sosial baru-baru ini.

“JIM telah melaksanakan operasi penguatkuasaan di ladang sayur haram yang dimaksudkan.

“Rentetan dari operasi ini JIM berjaya menjejaki seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Arif Mia no pasport BL0022811 yang juga dikenali sebagai Arif Godfather bangla di Bukit Beruntung, Selangor,”katanya hari ini.

JIM berkata, lelaki itu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Selangor untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan mendapati beliau telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) beliau serta diusir ke negara asal serta disenarai hitamkan dari memasuki negara ini,”katanya.

Terdahulu artikel yang tular itu menyebut, lelaki berkenaan terlibat dalam banyak kes jenayah serta mempunyai ramai pekerja yang dibawa masuk dari negaranya.

Antaranya melibatkan kes pukul dan cederakan kontrakror tempatan dan bebas keluar masuk ke negara ini selama 20 tahun.

Lelaki Bangla itu dikatakan kebal daripada undang-undang kerana dilindungi pihak tertentu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.