Ditinggal tanpa makan dan gaji, apa salah laki Myanmar ini?

JITRA– Diabaikan majikan tanpa gaji dan makanan, lelaki warga Myanmar terpaksa mengayuh basikal dari Jitra ke Bertam Pulau-Pinang untuk sesuap nasi.

Lelaki itu tiada pilihan lain melainkan berbuat demikian mendapatkan simpati abangnya yang berada di Bertam.

Menerusi posting Facebook Moh Radzi, warga Myanmar itu memohon kepadanya sedikit makanan bagi mengalas perut ketika dalam perjalanan.

“Ya Allah, apa salah dia (warga Myanmar) tauke tak bayar gaji, tak bagi makan. Kayuh basikal dari jitra mahu pulang ke Bertam (rumah abang).

“Singah tempat kami “abg, saya tak ada wang (buka habis dalam beg&poket seluar) saya minta makan sedikit untuk isi perut”..

“Sedekah la nasi bungkus tengah hari ambil makan la dulu,”katanya yang turut memberikan wang tunai kepada lelaki tersebut.

Dalam posting berasingan, Moh Radzi menjelaskan lelaki Myanmar itu kemudian dibantu seorang lagi individu yang sanggup menghantarnya ke Bertam.

Posting kedua Moh Radzi tentang keadaan lelaki itu

Nasib lelaki Myanmar itu mengundang rasa sedih netizen di ruang komen bahkan mereka turut marah dengan sikap lepas tangan pihak terbabit.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.