Waris Hj Md Isa dan Hajah Tok Teh berhimpun

Semua waris Hj Md Isa berkumpul demi mengeratkan ikatan ukhwah keluarga

SUNGAI PETANI– Berada berjauhan tidak menghalang seramai 60 orang waris Allahyarham Hj Md Isa Lebai Awang dan Allahyarhamah Tok Hajah Tok Teh Said berkumpul di Dataran Beach Resort Pantai Merdeka Kota Kuala Muda kelmarin.

Warisnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, program itu dihadiri enam buah keluarga waris datuk dan neneknya.

“Sepatutnya jumlah yang hadir boleh mencecah seramai 150 orang . Tapi ada waris keluarga yang tidak dapat hadir kerana halangan COVID-19.

“Tujuan program ini supaya waris Hj Isa dapat mengenali antara satu
sama lain serta mengeratkan siraturrahim dan menyantuni keluarga,”katanya.

Katanya, selagi hayat dikandung badan silaturrahim jangan sekali diputuskan apatah ia melibatkan ahli keluarga.

“Firman ALLAH dalam Surah al-Hujarat ayat 103 yang bermaksud: ” Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLAH SWT dan ingatlah akan nikmat ALLAH SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH menyatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat ALLAH SWT orang yang bersuadara dan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya,”katanya.

Mustaffa (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang ahli keluarga yang hadir

Mustaffa berkata, menjadi harapan beliau semoga semua waris Hj Md Isa dan Tok Tih dari semua peringkat generasi dapat mengenali semua sauadara mara terdekat mereka.

“Insya Allah kita akan adakan lagi program sebegitu selalu,”katanya.

Berkongsi sejarah Hj Md Isa, Mustaffa berkata, arwah ketika hayat adalah salah seorang anggota polis berpangkat sarjan merangkap Ketua Polis Balai (OCS) Yan, Kedah pada suatu masa dahulu.

“Semasa arwah menjawat jawatan OCS, beliau amat dihormati. Hj MD Isa juga sentiasa menerapkan kepada semua anggota bawahan sifat -sifat terpuji selain mengajar agama Islam dan mengaji Quran pada anggota dan cucu -cucu nya.

“Kerana sifatnya Itu beliau amat dihormati dan di panggil Dato Hj Md Isa OCD Balai Polis Yan.

“Setahu saya arwah berkhidmat sebagai OCS di Balai Polis Yan hinggalah ke hembusan nafas terakhir,”katanya

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.