Serangan rejim Yahudi Zionis, rakyat Gaza terpaksa makan daging penyu

Penyu pilihan yang ada untuk rakyat Gaza meneruskan hidup

KUALA LUMPUR– Krisis kemanusian, penindasan dan penjajahan rejim Yahudi Zionis di Gaza melarat kepada tahap kebuluran makanan paling meruncing.

Media antarabangsa melaporkan serangan rejim sejak Oktober 2023 hingga kini telah mengorbankan lebih 51,000 nyawa tidak berdosa.

Hujan peluru roket tanpa henti dan hentaman-hentaman peluru dari muncung senjata dan kereta kebal musuh meragut setiap bernyawa, menghancur leburkan rumah dan bangunan termasuk memusnahkan sumber berkalan makanan.

Kebuluran makanan di Gaza telah sampai ke tahap terburuk apabila daging penyu terpaksa dijadikan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Pengurus Besar My are Gaza, Dr-Ziad Shehada berkongsi imej seekor penyu sedang dikerumuni rakyat Gaza.

Salah seorang daripadanya menghiris dan mengeluarkan daging haiwan itu untuk dimakan beramai-ramai.

Penduduk Gaza tiada pilihan lain, hanya daging penyu pilihan yang ada untuk meneruskan hidup sat ini.

“Penduduk Gaza memakan daging penyu kerana kelaparan yang teramat sangat,” tulisnya beserta kiriman gambar berkenaan.

Di ruang komen, Dr-Ziad berkongsi harga seekor penyu mencecah tinggi apabila harga untuk berat sekilogram dijual pada harga RM120.

Kebuluran tahap dasyat tidak terlepas menyerang seluruh rakyat Gaza sehingga bayi juga tidak dapat menyusui susu ibu yang telah kering akibat kekurangan zat makanan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.