Gurauan jumpa MB jadi kenyataan

Mohd Zukhi bergambar kenangan bersama Datuk Seri Muhammad Sanusi

SIK-Tidak sangka gurauan jumpa Menteri Besar Kedah jadi kenyataan.

Pengalaman itu dikongsikan Mohd Zukhi Ghazali ,55, selepas bergurau dengan rakannya untuk jumpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika singgah solat Zohor di Masjid Sungai Pau di sini hari ini.

“Saya dari Kuala Ketil singgah sat di Masjid nak solat Zohor. Waktu nak parkir kereta saya lawak dengan kawan kata satgi lepas solat nak jumpa Menteri Besar.

“Tak sangka selepas habis saja solat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sampai di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri yang terletak bersebelahan masjid dengan diiringi petugasnya dan anggota polis,” katanya.

Beliau berkata, Muhammad Sanusi Md Nor tetap pemimpin yang ‘sempoi’ apabila meluangkan masa berbual dengannya.

 

“Kami sembang tanya khabar. Susah nak jumpa Menteri Besar lagu ni. Pemimpin yang berjiwa rakyat,” katanya.

Mohd Zukhi berkata, rakyat DUN Jeneri beruntung mempunyai pemimpin seperti Sanusi.

Terdahulu, gambar Zukhi bersama Menteri Besar Kedah berlegar di kumpulan WhatsApp sekitar Kuala Ketil.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.