Aidiladha di Malaysia pada 31 Julai ini

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN TARIKH
HARI RAYA QURBAN (AIDILADHA) 1441 HIJRIAH / 2020 MASEHI

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1441 Hijriah ialah pada 22hb Julai, 2020 Masehi.

Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31hb Julai 2020 Masehi.

Disediakan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.