Hubungan Malaysia-Qatar bertambah erat di bawah Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR– Malaysia dan Qatar memberikan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik selain menerokai potensi baharu yang bermanfaat bagi kedua-dua negara.

Perkara itu dibincangkan melalui panggilan talefon Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim Hamad Al Thani kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

“Kami membincangkan pelbagai perkara ke arah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara termasuk hal-hal berkaitan perdagangan dan ekonomi.

“Kami turut memperbaharui komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik sedia ada di samping meneroka potensi baharu yang lebih bermanfaat kepada kedua-dua negara,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Muhyiddin sedang berbual dengan Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani melalui panggilan talefon petang tadi

Beliau berkata, Yang Mulia Sheikh Tamim Hamad Al Thani juga berkongsi maklumat mengenai COVID-19 bahkan mengikuti secara dekat langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam membendung penularan wabak tersebut.

“Saya turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan atas bantuan yang diberikan Qatar dalam membantu lapan rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 di negara itu.

“Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani juga mengucapkan tahniah atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri,”, katanya.

Jelas Tan Sri Muhyiddin, beliau turut diundang ke Qatar selepas pandemik berakhir selepas COVID-19 berakhir.

“Saya turut menyampaikan undangan balas,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.