Giliran Selangor II dibelasah, apa dah jadi?

Aksi di antara kedua-dua pasukan malam ini

KUALA LUMPUR-Apa sudah jadi?

Selepas Red Giant dibelasah JDT 6-1 semalam, malam ini giliran adik pula mengalami nasib serupa.

Bagi aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 2
mengulangi keputusan sama apabila dibelasah 6-1 kepada JDT II.

Gol-gol JDT II dijaringkan Nicolas Alberto Fernandez minit ke-21 dan minit ke-33, Fernando Rodriguez Ortega minit ke-25 dan 49, Che Rashid Che Halim minit ke-69 dan Syazwan Andik pada minit ke-71.

Gol tunggal Selangor 2 dijaringkan Ahmad Danial Asri pada minit ke-57.

Keputusan itu menyaksikan JDT II mengumpul 14 mata di tangga ketiga dan Selangor 2 di tangga kelima dengan 10 mata.

12 pasukan berentap dalam saingan Liga Perdana, dua pasukan tercorot akan turun ke Liga M3.

Rentas7.com/ Foto: JOHOR Southern Tiger

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.