Dr. Muhd Noor dipilih Presiden Persatuan Saintis Penyelidikan

Dr. Muhd Noor

BANGI – Dr. Muhd Noor Muhd Yunus dipilih sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik yang baharu menggantikan Dr. Wan Manshol Wan Zin mulai 25 September 2020 di Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi semalam

Dr Muhd Noor pernah berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia lebih daripada 30 tahun sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dr. Muhd Noor bin Muhd Yunus juga pernah menyandang beberapa jawatan seperti:

i. Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom;
ii. Ahli Pengarah Lembaga EPIC iaitu sebuah anak syarikat Cenviro Sdn. Bhd.;
iii. Pengarah TGL (Uganda); dan
iv. Penasihat Teknikal ECE Sdn Bhd

Barisan Ahli Majlis MARS sesi 2020-2022 :

Presiden : Dr. Muhd Noor Muhd Yunus
Setiausaha : Cik Hasfazilah binti Hassan
Penolong Setiausaha : Sabariah binti Kader Ibrahim
Bendahari : Dr. Mazleha Maskin

Exco :
1. Prof Dr. Hj. Wan Mohtar W. Yusoff
2. Dr. Mazleha Maskin
3. Dr. Azhar Bin Mohamad
4. Dr Aswir Abd Rashed
5. Dr Sofian b. Ibrahim
6. En. Abdul Basid Ramli
7. Hj. Hasbullah Mustafa
8. En. Norfaizal Mohamed

MARS merupakan persatuan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai penyelidik atau saintis dengan pelbagai kepakaran daripada institusi-institusi penyelidikan di Malaysia seperti Agensi Nuklear Malaysia, SIRIM, IMR, MARDI, STRIDE, FRIM dan banyak lagi.

MARS juga sangat sinonim dengan penganjuran Malaysia Technology
Expo yang diadakan setiap tahun lebih daripada 17 tahun di samping membawa
inovasi daripada Malaysia, bertanding di luar negara seperti Korea, Geneva dan
China

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.