DAP rasis lagi, tampal tulisan Cina di papan tanda jalan

Ahli DAP menampal tulisan Cina pada salah satu papan tanda jalan

KUCHING-Tindakan DAP Kuching menampal tulisan Cina di beberapa papan tanda jalan raya utama di sini dikutuk hebat dan mengundang kemarahan warga maya.

Jalan berkenaan ialah Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang dan Jalan Greenhill.

Perbuatan itu disifatkan sangat biadap dan tidak menghormati bulan Kemerdekaan yang akan disambut 31 Ogos ini.

Tanpa berselindung, tindakan menampal nama jalan dalam tulisan Cina itu dikongsi di laman rasmi DAP Sarawak bersama beberapa keping gambar.

Status aktiviti itu turut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

Muhammad Zaki Ibrahim berkata, sikap DAP semakin menjadi-jadi dan terserlah.

“Kalau dah rindu sangat dengan ‘motherland’ China, pergi la jadi rakyat China kat sana.

“Tapi korang pun tak sanggup nak tukar kerakyatan. Pasal bila korang kat sana, nak pegang politik memang dalam mimpi je la,” tulisnya pada ruangan komen Facebook DAP Serawak.

Seyn Jukey menulis, apa dilakukan DAP Khuching itu ialah perbuatan vandalisme.

“Ini vandalisme. DAP kan parti politik, kenapa ambil alih tugas pihak berkuasa tempatan? Adakah DAP lagi besar dari perlembagaan dan undang-undang?,” katanya.

“Baik letak bahasa Iban. Kerana banyak perjuangan bangsa Iban untuk Sarawak,” tulis seorang lagi pengguna Facebook, Khairani Mohd .

Majoriti netizen yang tidak boleh menerima perbuatan rasis itu menuntut mereka terlibat mengingati sejarah asal usul datang ke negara ini serta pulang semula ke China.

Ini bukanlah kali pertama DAP tidak menghormati penduduk Pribumi, pemimpin dan penyokong parti itu amat dikenali dengan budaya rasis terutamanya selepas PRU-14.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.