“Doktor kami kerja sampai pengsan”

Kenyataan bertulis jabatan di sebuah hospital

KUALA LUMPUR-Jabatan sebuah hospital kerajaan memohon maaf kepada pesakit kerana terpaksa menunggu mungkin sehingga lima jam kerana masalah kekurangan doktor.

Jabatan itu memaklumkan kekurangan tenaga kerja menyebabkan ada doktor bekerja sampai pengsan termasuk bekerja walaupun dalam keadaan sakit.

“Ada yang sudah letak jawatan pergi swasta. Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia. Boleh penat dan sakit.

“Harap tuan-tuan dan puan-puan faham dan minta maaf,”tulis kenyataan itu di papan putih.

Difahamkan situasi itu berlaku di Hospital Kulim Kedah melibatkan jabatan pembedahan dan tular di kumpulan WhatsApp penduduk hari ini.

Isu kekurangan doktor bukanlah perkara baru di negara ini dan perlu ditangani segera oleh pihak kerajaan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.