Ceroboh perairan negara, 23 nelayan asing ditahan

PEKAN– Dua buah kapal asing yang menceroboh perairan negara ditahan Jabatan Perikanan Negeri Pahang dalam satu operasi kawasan Tanjung Sekokoh Pekan, hari ini.

Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, dua buah kapal asing tersebut ditahan pada jarak 43.2 batu nautika dan 44.6 batu nautika dari Tanjung Sekokoh Pekan.

“OperasiĀ  melibatkan kekuatan 10 orang anggota dan dua bot peronda.

“Seramai 23 orang warga Vietnam telah ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 16, Akta Perikanan 1985 iaitu memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,”katanya.

Anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan di atas kapal tersebut

Kata kanyataan itu, kesemua tahanan akan direman selama 14 hari di lokap berpusat di Indera Mahkota, Kuantan untuk siasatan lanjut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.