Projek kapitalis jejaskan sumber air orang kampung

BALING– Projek musang king di sini didakwa menjejaskan bekalan air penduduk hingga menyukarkan mereka manguruskan jenazah.

ADUN Bayu, Abd Nasir Idris berkata demikian selepas meninjau kolam takungan air penduduk terbabit, semalam.

Beliau berkata, kawasan terlibat ialah kampung di sekitar Kemangi, Padang Lengkuas, Bendang Baru, Padang Dan dan Kuala Kuang.

“Nak mandikan jenazah pun susah kerana masalah air, itu realiti bagi penduduk enam buah kampung di sini.

“Projek Musang King dan musim kemarau sekarang menyebabkan bekalan air ke kolam takungan hampir kering,”katanya.

Beginilah keadaan kolam takungan penduduk

Beliau berkata, kolam takungan itu membekalkan air kepada kira-kira 400 orang penduduk.

Justeru menurutnya, kerajaan negeri digesa mencari jalan penyelesaian segera dalam menangani masalah yang kian meruncing.

Difahamkan, projek kapitalis itu dilaksanakan dalam skala besar di kawasan Gunung Inas sejak beberapa tahun lalu.

And Nasir kanan meninjau keadaan kolam takungan penduduk

Pada musim hujan lebat, air limpahan dari bukit membawa banjir selut ke kawasan kampung tertentu hingga menjejaskan kawasan pertanian dan penternakan, jalan raya, jalan kampung, dan parit.

Rentas7.com

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.