KUALA KETIL-Rumah serba dhaif jadi tempat tinggal tujuh beranak di Kampung Tembak A di sini sejak lebih setahun lalu. Ia didiami sepasang suami isteri, Riduan Mohamad Ghoni,40, dan Rosliza Rosli,37, bersama lima anak berusia dalam lingkungan satu tahun sehingga 13 tahun. Rosliza berkata, rumah dalam keadaan uzur itu dibina atas tanah arwah datuknya. "Sebelum ini di atas tanah yang sama, ...

BALING- Ribut kuat petang semalam menumbangkan sebatang pokok mangga sebelum menghempap sebuah rumah penoreh getah. Kejadian pada jam 5.00 petang di Kampung Tebing Tinggi itu turut menjejaskan 16 buah rumah lain di sekitar Kupang. "Pokok berkenaan menghampap bahagian ibu rumah menyebabkan saya mengalami kerugian dianggar sebanyak RM2,000,"kata Md Ali Abd Latif,68, hari ini. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ...

KUALA KETIL- Hampir RM13,000 telah dibelanjakan Skuad Al Ansar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu penduduk terputus bekalan makanan. Pengerusi Skuad Al Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, penduduk berbilang kaum dibantu menerusi bantuan makanan sejak PKP fasa pertama. "Sejak PKP fasa pertama hingga kini, kita telah membelanjakan sebanyak hampir RM13,000 untuk membantu penduduk memerlukan. "Daripada jumlah itu hampir ...

JITRA- Diabaikan majikan tanpa gaji dan makanan, lelaki warga Myanmar terpaksa mengayuh basikal dari Jitra ke Bertam Pulau-Pinang untuk sesuap nasi. Lelaki itu tiada pilihan lain melainkan berbuat demikian mendapatkan simpati abangnya yang berada di Bertam. Menerusi posting Facebook Moh Radzi, warga Myanmar itu memohon kepadanya sedikit makanan bagi mengalas perut ketika dalam perjalanan. "Ya Allah, apa salah dia (warga ...

BALING– Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga menyampaikan bantuan kepada penduduk terputus bekalan makanan ketika masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. NGO berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (Perkeba), Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia Negeri Kedah dan Cawangan Baling serta Persatuan Sahabat Anak Baling. Penyerahan sumbangan tersebut melibatkan sembilan buah kampung iaitu Kampung Seberang Pekan, ...

KUALA-LUMPUR- Kasih sayang merentasi kaum, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantu masyarakat India memerlukan di salah sebuah kawasan. Menulis di Facebook rasminya, Ebit Lew berkata, keadaan masyarakat India di kawasan berkenaan menyentuh hatinya. "Sebak menangis tadi pergi bagi hadiah dan sedikit belanja kawasan saudara masyarakat India. Kita semua sebuah keluarga. "Sayang pada mereka. Mereka semua sudah tiada pendapatan dan ...

KUALA LUMPUR- Sanggup masuk dalam longkang untuk menyelamatkan anak anjing yang terperangkap. Itu akhlak terpuji ditunjukkan seorang anggota polis walaupun sibuk dengan tugas menjaga sekatan jalan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perbuatan anggota berkenaan dimuat naik dalam video di Facebook Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin dan telah ditonton lebih 11,000 pelayar internet. Video itu berdurasi 1:36 ...

KUALA LUMPUR- Kerajaan dicadangkan supaya membenarkan solat Jumaat namun dengan syarat dan kawalan yang ketat. Imam, Ahmad Shazili Abdullah (gambar) yang juga pendakwah bebas berkata, sebagai imam beliau amat merayu supaya sekurang-kurangnya solat Jumaat dibenarkan bagi masjid-masjid utama. "Ianya dibuka paling kurang kepada imam, bilal, siak, pengerusi, ajk dan ahli biro-biro pengimarahan masjid. "Cukupkan 40 orang agar solat Jumaat dapat ...

KUPANG- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang pantas menyalurkan bantuan kepada 10 buah keluarga terputus bekalan makanan di Taman Desa Anggerik, hari ini. Pegawai tugas-tugas khas PKWR Kupang, Ramli Ahmad berkata, setiap keluarga menerima kupon bernilai RM30. Menurutnya, penerima kupon boleh ditebus dengan pembelian barangan makanan di kedai-kedai yang ditetapkan "Sebaik menerima aduan daripada wakil NGO, PKWR DUN Kupang ...

ALOR SETAR- Senaman rengangan badan yang dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui video di Facebook rupa-rupanya hanya gurauan. Dalam video berdurasi 42 saat itu, Mukhriz yang dilihat seperti duduk dengan kaki menjulur ke depan sedang menarik hujung tapak kasutnya ke arah berlawanan. Senaman seperti itu sebenarnya agak sukar dilakukan oleh individu yang berisi atau gemuk. "Lepas kita ...