SUNGAI PETANI- Orang Melayu tidak sesekali takut kepada DAP seperti mana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sebaliknya orang Melayu tidak mempercayai DAP dan tidak akan percaya kepada parti itu selamanya. "Bukan takut tetapi orang Melayu sememangnya tidak percayakan DAP sampailah khiamat! "Apabila kami tiada ...

KUPANG- Tumbangnya Pakatan Harapan (PH) di Kedah berpunca daripada natijah konflik dalam kompenan parti tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral, Datuk Najmi Ahmad berkata, konflik itu ditimbulkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kesilapan bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR itu menyebabkan parti mereka terpecah dengan sendirinya. "Penyertaan ADUN Pro Perdana ...

KUALA LUMPUR- Pembahagian jawatan bagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah termasuk Exco telah selesai diputuskan. Difahamkan, perkara itu mendapat kata sepakat daripada pemimpin utama di peringkat pusat setelah mengadakan perbincangan. PN Kedah dijangka akan membentuk kerajaan negeri dalam masa terdekat. Pada 12 Mei, ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah selepas mendapat ...

ALOR SETAR- Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok. Sumber berkata, kesemua ADUN yang menyokong Perikatan Nasional (PN) itu bakal mengadap baginda di Wisma Darul Aman jam 10 pagi. Difahamkan, 15 ADUN PAS dan dua ADUN daripada UMNO kini berada di satu lokasi "rahsia" bagi pertemuan esok. PN Kedah kini mempunyai ...

SUNGAI PETANI- Tiada apa lagi yang perlu dipertahankan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam rakan sendiri. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Mukhriz bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah tidak membawa sebarang makna. "Kamu sebelum ini mempunyai 19 kerusi. Tapi kini sudah berkurangan ...

ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa masih lagi menjadi Menteri Besar meskipun hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini. "Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih beroperasi seperti biasa. "Pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu,"katanya melalui hantaran ...

SUNGAI PETANI- Situasi semasa politik negara memberikan gambaran politik Pakatan Harapan (PH) menuju kehancuran sepenuhnya. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH sukar untuk menang sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Menurutnya, kemasukan Bersatu ke dalam blok PAS dan UMNO menambahkan lagi kekuatan orang Melayu dan ia dilihat sangat ampuh untuk meruntuhkan blok PH dan ...

SUNGAI PETANI- Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar sedang diperalatkan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, beliau percaya bekas Perdana Menteri itu tidak akan bertindak bersendirian melainkan dipergunakan. "Bekas Perdana Menteri itu seperti "dicucuk" oleh PH bagi kepentingan individu lain. ...

ALOR SETAR-Semua wakil rakyat PKR di Kedah dituntut menjelaskan sokongan sebenar politik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, ADUN Sidam Dr. Robert Ling Kui Ee bersama wakil rakyat PKR lain di negeri ini perlu berterus terang. Menurutnya, ia berikutan ADUN Sidam dilihat tidak lagi sehaluan dengan PKR apabila anggota dalam bahagiannya dikenakan tindakan ...

ALOR SETAR- PAS Kedah bersiap sedia mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Kedah ekoran kepincangan Pakatan Harapan (PH). Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahaya berkata, kepincangan dan perpecahan yang berlaku dalam PH Kedah sukar dikawal lagi. Menurutnya, gabungan itu semakin memperlihatkan kelemahan dalam mengawal selia negeri Kedah. "Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee pada Isnin, ...