TEMERLOH - Pesawat EC725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini hari ini. Bantuan sebanyak satu tan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berupa makanan dan bahan keperluan asas. Bahagian Perhubungan Awam TUDM berkata, bekalan makanan dan keperluan asas itu diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, ia dihantar ke lokasi ...
HULU TERENGGANU-Jalan Aring 8- Kenyir- Kuala Jeneris dalam daerah ini Terengganu ditutup sementara ekoran cerun jalan yang runtuh. Roadcare (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, "embankment" sepanjang 100 meter didapati runtuh pada jam 12.15 tengah hari tadi. Kenyataan berkata, runtuhan tanah masih terjadi dan penutupan segera jalan sedang dilakukan. "Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan,"katanya. Pengguna kenderaan boleh melalui jalan ...
MARAN-Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah meninjau keadaan banjir di sekitar Pahang hari ini. Baginda memandu sendiri pacuan empat roda bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah dengan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Baginda dan Permaisuri kemudian mengadakan lawatan mengejut di daerah Maran dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada ...
PASIR PUTEH- Seorang nelayan yang hilang selepas bot dinaiki karam pada 31 Disember lalu ditemui meninggal dunia. Kapten Maritim Negeri Kelantan, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat Assari Leh, 46, ditemui jam 5.30 petang semalam "Berdasarkan maklumat awal, mayat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa ke-5 yang hilang dalam insiden bot nelayan karam JHF 2398 T pada 31 Disember ...
KOTA TINGGI- Seramai 287 mangsa banjir di negeri ini menerima bantuan makanan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri berkata, sumbangan disampaikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Balairaya Taman Jaya, Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 Skudai dan Pusat Penempatan Sementara SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. "Seramai 287 ...
KUALA KETIL- Sebuah makam lama bertanda dua batu nisan daripada batu gunung dikesan berada dalam kebun kelapa sawit di Kampung Kuala Tembak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Padang Kulim, Abdul Wahab Zakaria, 63, berkata, makam lama dengan itu dipercayai berusia ratusan tahun. Menurutnya, ia dikenali sebagai makam Tok Panjang, nama yang diambil daripada saiz kubur yang panjang. ...
KUALA LUMPUR- Polis bertindak pantas menanggalkan hiasan latar bertema komunis di sebuah restoran di Pulau Pinang hari ini. Hiasan yang mengagungkan perjuangan komunis itu tular di media sosial sejak semalam hingga menimbulkan kemarahan netizen. Hiasan latar di dinding itu menunjukkan lukisan anggota komunis bintang satu termasuk wajah dipercayai pemimpin gerakan pengganas berkenaan. Ia disertakan dengan kata-kata dalam tulisan Cina. Tindakan ...
KUALA LUMPUR-Kira-kira satu juta rakyat negara ini akan menerima suntikan vaksin bulan depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, suntikan vaksin seterusnya dijadualkan pada April dan Mei. Menurutnya, suntikan vaksin fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan fasa seterusnya melibatkan golongan rentan dan pesakit kronik termasuk buah pinggang, paru-paru, diabetes dan sakit jantung. "Pelan Imuninasi Kebangsaan COVID-19 ...
BESUT-Seorang lagi mangsa bot karam di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika barat daya Pulau Perhentian, Besut, masih belum berjaya dikesan. Mangsa, Assari Leh berusia 46 tahun. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, empat dari lima mangsa telah menyelamatkan diri dengan berenang ke Pulau Perhentian ...
KUALA LUMPUR- Tempoh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021. "Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan ...













