SUNGAI PETANI- Masjid Andalusia Laguna Merbok di sini menyediakan cecair pembasmi kuman kepada para jemaah. Alternatif itu diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Seorang jemaah, Muhammad Hadi,30,berkata, usaha dibuat pihak masjid amat wajar dan perlu dicontohi. "Bimbang juga bila setiap hari dengar isu COVID-19. "Bila pihak masjid sediakan cecair pembasmi kuman, bagi saya satu langkah amat bagus dan terpuji,"katanya kepada ...

KUALA LUMPUR-Sikap sebilangan rakyat Malaysia yang masih melancong ke luar negara ketika penularan COVID-19 mengundang kebimbangan ramai di negara ini. Walaupun Pertubuhan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, ia nampaknya tidak membimbangkan "kaki" travel. Mereka seoalah-olah tidak mengambil langkah berjaga-jaga walaupun tindakan bercuti di luar negara mendatangkan mudarat besar kepada orang lain. Sebaliknya, sebilangan manusia yang "degil" ini mengambil ...

KANGAR- Mufti Perlis merayu kepada jemaah tabligh yang belum membuat pemeriksaan bagi mencegah COVID-19 selepas terlibat perhimpunan di Sri Petaling supaya berbuat demikian. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beberapa pihak memaklumkannya bahawa masih ada jemaah tabligh yang belum melakukan pemeriksaan. "Dengan rendah diri menyusun jari saya merayu kepada sahabat-sahabat Tabligh yang dikasihi, di Negeri Perlis,. "Juga di luar ...

PEKAN- Dua buah kapal asing yang menceroboh perairan negara ditahan Jabatan Perikanan Negeri Pahang dalam satu operasi kawasan Tanjung Sekokoh Pekan, hari ini. Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, dua buah kapal asing tersebut ditahan pada jarak 43.2 batu nautika dan 44.6 batu nautika dari Tanjung Sekokoh Pekan. "Operasi  melibatkan kekuatan 10 orang anggota dan dua bot peronda. "Seramai ...

KUALA LUMPUR- Memohon doa dan restu ibu untuk menggalas amanah sebagai Menteri Alam Sekitar. Itu dilakukan Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meluangkan masa menziarahi ibunya yang uzur dan diserang strok. "Lewat malam semalam pulang ke kampung untuk menziarahi Ibu yang uzur. Beliau terkena strok lebih setahun lalu. Saya mohon doa dan restu darinya untuk menggalas amanah yang cukup ...

ALOR SETAR- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong penuh komitmen Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, PAMM yakin usaha menangkap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) terbuka luas berdasarkan pengalaman yang ada pada Hishamuddin. "PAMM menyokong sepenuh ...

KUPANG- Kerajaan negeri Kedah tidak dapat lari daripada tempias perubahan politik di peringkat Persekutuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (gambar) berpandangan, situasi politik di Persekutuan akan mempengaruhi suasana politik di negeri. "Dalam konteks hari ini (di Kedah) keadaan masih tidak menentu. Tetapi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, ia mempengaruhi negeri-negeri lain, ditambah dengan kejatuhan ...

BALING- Persatuan Pencinta Alam Baling (PPAB) kesal dengan kenyataan berat sebelah seorang aktivis terhadap Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Setiausaha PPAB, Mohd Zaid Ab Mokti berkata, kenyataan aktivitis berkenaan hanya bersifat andaian dan kurang bijak. "Menteri berkenaan belum pun memulakan tugas tetapi sudah ada kenyataan yang berat sebelah terhadapnya. "Kenyataannya itu ibarat kenyataan bodoh. Seperti bayi baru ...

KUALA LUMPUR-Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan kuliah agama terakhir sebagai Mufti Wilayah Persekutuan malam ini. Ini kerana, Dr Zulkifli bakal mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia selaku Menteri Agama di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati Putrajaya jam tiga petang esok. Pelantikan Dr Zulkifli sebagai salah seorang anggota Jemaah Menteri diumumkan oleh Perdana Menteri, ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyifatkan Kabinet baru kerajaan sebagai Kabinet yang benar-benar mewakili rakyat. Ketua penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, anggota Kabinet yang terpilih ternyata mereka yang berpendidikan tinggi, berkelayakan serta berkualiti. Menurutnya, usaha menggabungkan golongan teknokrat, profesional dan agamawan dalam Kabinet memberikan masa depan amat cerah kepada Malaysia. "Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang ...