SUNGAI PETANI– Masjid Andalusia Laguna Merbok di sini menyediakan cecair pembasmi kuman kepada para jemaah.
Alternatif itu diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Seorang jemaah, Muhammad Hadi,30,berkata, usaha dibuat pihak masjid amat wajar dan perlu dicontohi.
“Bimbang juga bila setiap hari dengar isu COVID-19.
“Bila pihak masjid sediakan cecair pembasmi kuman, bagi saya satu langkah amat bagus dan terpuji,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Tinjauan Rentas7.com mendapati beberapa botol cecair pembasmi kuman disediakan di dalam masjid.
Kerajaan hari ini mengumumkan semua aktiviti di surau dan masjid termasuk solat berjemaah mulai 17 Mac dibatalkan sehingga 26 Mac bagi mengekang penularan COVID-19.
Pihak masjid dan surau disaran membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Rentas7.com
Leave a Reply