KUALA LUMPUR- Sindiket pelaburan florex yang menipu orang ramai ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam satu operasi pada 5 Januari lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH CP Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, satu operasi telah dijalankan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang bagi mengesan dan menahan ahli sindiket penipuan pelaburan ini. "Hasilnya seramai 24 orang individu yang ...

LAHAD DATU-Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada hari ini mendedahkan senarai nama dan gambar 21 suspek penjenayah warga asing yang dikehendaki. Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad berkata, kesemua warga asing atau wanted list (WL) itu terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan penculikan di perairan Zon Selamat Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun lalu. Menurutnya, senarai WL terbaru itu dikeluarkan pada ...

KUCHING- Seorang lelaki selamat selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Sultan Tengah siang tadi. Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya berkata, mangsa berusia 50 tahun memandu kereta jenis Perodua Alza. "Kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas. Bagaimanapun lelaki berkenaan selamat,"katanya. Menurutnya, pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan mengalihkan bateri kenderaan. Rentas7.com ...

KUALA LUMPUR- Polis bertindak pantas menanggalkan hiasan latar bertema komunis di sebuah restoran di Pulau Pinang hari ini. Hiasan yang mengagungkan perjuangan komunis itu tular di media sosial sejak semalam hingga menimbulkan kemarahan netizen. Hiasan latar di dinding itu menunjukkan lukisan anggota komunis bintang satu termasuk wajah dipercayai pemimpin gerakan pengganas berkenaan. Ia disertakan dengan kata-kata dalam tulisan Cina. Tindakan ...

BESUT-Seorang lagi mangsa bot karam di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika barat daya Pulau Perhentian, Besut, masih belum berjaya dikesan. Mangsa, Assari Leh berusia 46 tahun. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, empat dari lima mangsa telah menyelamatkan diri dengan berenang ke Pulau Perhentian ...

KUALA LUMPUR-Empat etnik Rohingya yang dibawa masuk tekong warga tempatan secara haram dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) malam tadi. Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 10 hingga 23 tahun. Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Mohammad Rosli Kassim berkata, mereka ditahan dalam Op Benteng pada jam 10.15 malam selepas pihaknya menerima maklumat risikan. "Serbuan dan tangkapan dilakukan berikutan ...

KUALA LUMPUR- Baru berusia 14 tahun, tetapi sudah pandai berdikari mencari wang saku tambahan dengan menjual burger. Malangnya, adik Mohd Nor Faizal Nordin apabila menjadi mangsa kecurian dalam kejadian jam satu pagi semalam ketika meninggalkan gerainya untuk ke tandas. Antara barang-barang yang dicuri ialah talefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan. Kejadian itu bagaimanapun menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling ...

KOTA KINABALU- Masuk Malaysia secara haram demi mencari peluang pekerjaan. Namun hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang membawa seorang kanak-kanak perempuan untuk masuk ke negara ini tidak kesampaian apabila ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada jam 5.30 petang semalam. Lima Divisyen Nerang Separang dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam sektor Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged ...

KUALA PERLIS- Dadah bernilai RM1.5 juta dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis pada 25 Disember lalu. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, dadah seberat 300 kilogram itu cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas melalui Op Khas. "Rampasan ini berikutan serbuan ke atas sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran di perairan Negeri ...

SHAH ALAM- Empat lelaki warga Indonesia dan tiga wanita Myanmar ditahan Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih. Mereka yang berusia 15 hingga 63 tahun ditahan di Jalan Masjid, Kampung Sungai Serdang, Tok Muda, Kapar Selangor. Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Supt. Rizal Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. "Tiga ...