TAWAU-Tiga bilah pedang samurai, tiga bilah parang dan enam bilah pisau serta rokok seludup pelbagai jenama dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Selasa lalu. Pegawai Pemerintahan Batalion 14 PGA Tawau, Supt Mohd Yacob Murad berkata, kesemua barangan itu disembunyikan dalam sebuah rumah tidak bernombor di sebuah ladang di Benta Wawasan. "Serbuan dijalankan menerusi Op Benteng selepas menerima maklumat awam ketika sepasukan ...

JOHOR BAHRU- Dadah seberat kira-kira 100 kilogram dianggarkan bernilai RM 5 juta dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, semalam. Dadah jenis syabu itu dirampas melalui Op Jaksa jam 9.45 malam. APMM dalam satu kenyataan berkata, aktiviti jenayah ini telah dikesan oleh Maritim Malaysia melalui Tim Risik sebelum mengaturkan serbuan. "Pada lebih kurang jam 9.30 malam bot ...

TAWAU- Buah-buahan bernilai RM22,320.00 untuk diseludup masuk ke perairan negeri ini melalui sebuah bot jongkong dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis, Mohd Nazari Ismail, pemeriksaan polis menemui kotak kayu berisi buah jenis mangga, avacado dan buah naga dalam kotak kayu. Menurutnya, buah-buahan itu dibawa dari negara jiran, Indonesia. "Jongkong yang ...

LANGKAWI- Mayat wanita sarat mengandung ditemukan terbelit pada tali sebuah bot karam tanpa nombor pendaftaran. Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu di kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika utara muara Kubang Badak semalam. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdulllah berkata, Bot Petir 81 dari Ibu Pejabat Maritim ...

TAWAU- Seorang wanita Indonesia cuba menyeludup masuk barang bernilai puluhan ribu ringgit ke Sabah, semalam. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh polis pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ia membabitkan 20 kotak gula merah Indonesia, sekotak kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, enam kotak kuali aluminium, satu karung penyapu dan pelbagai barangan lain. Komander ESSCOM DCP Datuk ...

KUALA LUMPUR-Pemandu dan jururawat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang maut selepas kereta pacuan empat roda dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki. Seorang lagi mangsa iaitu pegawai perubatan mengalami kecederaan dan telah Hospital Tengku Ampuan Afzan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kemalangan berlaku pada pagi tadi. Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan ...

SEMPORNA- Kegiatan kes curi dan rompak yang sebelum ini berleluasa di kawasan perairan Inderasabah, Tawau sejak kebelakangan ini akhirnya ditumpaskan. Ia selepas pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin menangkap tiga lelaki Filipina yang mendalangi aktiviti itu. Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, tiga suspek berkenaan telah ditahan secara berasingan di dua ...

KUCHING- Empat warga Indonesia bukan sahaja masuk secara haram, malah menyeludup masuk kayu bergergaji ke negara ini melalui jalan yang tidak sah. Tindakan mereka bagaimanapun digagalkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), semalam. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, mereka ditahan sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan sempadan ...

JITRA- Sebuah surau Al Falah Megat Dewa di sini terpaksa dikunci selepas dijadikan 'port' penagihan dadah. Imam Surau, Isa Jaafar berkata, surau kini hanya dibuka ketika solat fardu jemaah sahaja. "Dah tiga atau empat bulan surau itu terpaksa dikunci di luar waktu solat gara-gara tindakan tiga lelaki menghisap dadah dalam surau ketika luar waktu solat. "Perbuatan mereka dihidu pihak surau ...

KUALA LUMPUR-Tiga individu dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chein,35, mempunyai alamat terakhir di 12 A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH ...