KUALA PERLIS- Sebanyak 14 bungkusan daun ketum yang disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan berdekatan depan Masjid Kampung Seberang Ramai di sini dirampas semalam. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata, semua bungkusan seberat 140 kilogram itu dikesan dalam operasi bersepadu pasukan keselamatan. "Ketika tiba di lokasi berkenaan, pasukan operasi telah mengesan sebuah kenderaan ...

PULAU PINANG- Tiga etnik Rohingya berusia 24 hingga 33 tahun sedang menangkap ikan menggunakan bot diusahakan nelayan tempatan di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mereka ditahan di kedudukan 7.3 batu nautika tenggara Pulau Rimau, Pulau Pinang pada jam 6.30 petang. Menurutnya, Maritim Malaysia yang sedang ...

RANTAU PANJANG- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 10 guni syabu seberat 402 kilogram yang bernilai RM16 juta di Kampung Lubok Stol, di sini hari ini. Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zamzuri Abu Hassan berkata, rampasan dadah itu terbesar yang dilakukan 8 Briged Negeri Kelantan setakat ini. Menurutnya, bahan larangan itu berjaya dikesan melalui Op Benteng Zon Utara Kawasan Op Merpati ...

KOTA TINGGI- Seramai 14 warga asing yang sepatutnya menjalani kuarantin bertindak berkeliaran di pusat bandar di sini semalam. Bagaimanapun kesemua warga asing berusia 22 hingga 34 tahun itu telah ditahan polis semalam. Polis Kota Tinggi dalam kenyataan berkata, mereka terdiri daripada 12 warga Nepal dan dua lagi individu warga India dan Bangladesh. "Hasil rondaan gabungan dari Pasukan Task Force Covid-19, ...

KUALA LUMPUR- Sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara memecut laju ke negara asal sebaik bertembung dengan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini. Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, KD Mahawangsa mengesan sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak semasa melakukan rondaan di Selat ...

KOTA TINGGI-Padah langgar arahan dan prosedur operasi standard (SOP) am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sembilan warga Myanmar ditangkap polis malam ini. Polis Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan berkata, pihak Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi telah mengesan aktiviti mencurigakan di sebuah premis di sebuah taman di dalam daerah ini ketika melakukan rondaan. "Hasil pemantauan yang telah dilakukan oleh pihak Task ...

TAWAU-Kelibat kereta Pikap dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penangkapan lapan pendatang asing tanpa izin di sini, semalam. Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, kesemua Pati ditahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melalui Op Cegah Pati (OCP) Dataran. Menurutnya, lapan Pati itu menaiki kenderaan pikap Jenis Toyata Hilux berwarna merah di kawasan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 ...

KUALA PERLIS- Cubaan lima lelaki tempatan menyeludup 30 plastik hitam berisi daun ketum dari negara ini ke Thailand digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM), hari ini. Mereka berusia 20 hingga 33 tahun itu ditahan di tembok sempadan negara Bukit Puteh pada jam 4 pagi. Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata, kesemua suspek ketika serbuan dilakukan sedang ...

LUMUT- Hasrat 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba mendarat di negara ini secara haram dipatahkan, malam semalam. Tongkang yang membawa kesemua PATI berkenaan dihalang Bot RHIB R 2007 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot RH 10 dan Seahawk milik Pasukan Polis Marin (PPM) dan Bot Penggalang 41 milik Agensi Pengutkuasa Maritim Malaysia (APMM). Bahagian Komunikasi ...

KOTA TINGGI- Cubaan17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia masuk ke negara ini secara haram dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malam tadi. Mereka ditahan di Pantai Teluk Pungai, Kota Tinggi dalam sektor Op Benteng Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen). Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, dalam operasi itu, Sistem Pengawasan Maritim ...