Nelayan Rohingya tangkap ikan guna bot nelayan tempatan

Tiga etnik Rohingya ini menggunakan bot milik nelayan tempatan

PULAU PINANG- Tiga etnik Rohingya berusia 24 hingga 33 tahun sedang menangkap ikan menggunakan bot diusahakan nelayan tempatan di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mereka ditahan di kedudukan 7.3 batu nautika tenggara Pulau Rimau, Pulau Pinang pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin Op Benteng dan Op Pertiwi telah mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran yang sah itu dikendalikan tiga kru warga Myanmar etnik Rohingya termasuk tekong

“Kesemua mereka memiliki kad UNHCR yang sah, namun tidak memiliki sebarang kebenaran melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b), Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu tidak usaha sendiri dan menggaji kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Abd Razak, tiga individu terbabit bersama bot dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang bagi proses saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.