Mexico gagalkan Jepun raih gangsa

Pemain Jepun terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 kepada Mexico

KUALA LUMPUR– Hasrat tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jepun meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki terkubur selepas tewas kepada Mexico 3-1 malam ini.

Tuan rumah kecundang di Stadium Saitama 2002.

Jepun yang sebelum ini pernah menewaskan lawan sama 2-1 pada peringkat kumpulan bolos 2-0 pada separuh masa pertama.

Jaringan penalti Sebastian Cardova pada minit ke-13 dan Johan Vasquez minit ke-22 gagal dipadam tuan rumah.

Sebaliknya, Jepun terus bolos pada minit ke- 58 jaringan Alexis Vega.

Gol sagu hati Jepun hadir minit ke-78 oleh Kaoru Mitoman namun sudah lewat untuk mencari baki dua gol untuk mengikat kedudukan ke masa tambahan.

Jepun gagal ke final selepas tewas 1-0 kepada Sepanyol di separuh akhir.

Mexico pada aksi suku akhir turut mengetepikan satu lagi wakil Asia, Korea Selatan apabila membelasah pasukan itu 6-3.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.