Tujuh maut, bas bertembung

JAWA BARAT- Tujuh maut selepas dua buah bas terlibat kemalangan di KM 117.800 Tol Cikopo, pada 12.00 tengah malam tadi.

Mangsa maut melibatkan dua wanita dan lima lelaki berusia dalam lingkungan 24 hingga 61 tahun, lapor Liputan6.

Menurut laporan, enam lagi penumpang parah manakala 10 yang lain cedera ringan.

Mereka dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Perhubungan Awam Jawa Barat, Komisaris Besar Polisi, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, kemalangan melibatkan bas Sinar Jaya dan bas Arimbi.

Menurutnya, bas Sinar Jaya dari arah Jakarta menuju Palimanan manakala bas Arimbi dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi, pemandu bas Sinar Jaya gagal mengendali kenderaan tersebut lalu menyeberang ke jalur B dan merempuh bas Arimbi dari arah Cirebob menuju Jakarta,” katanya kepada media Indonesia.

Tambahnya, polis masih menyiasat punca sebenar nahas terbabit.

Rentas7.com/ Foto: Liputan6

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.