Isu LTTE:Rule of law perlu adil untuk semua

KENYATAAN MEDIA SAYAP WIRAWATI PUTRA MALAYSIA

Oleh: Dr Asmah Razalli (gambar)
Ketua Wirawati Parti PUTRA Malaysia

ISU: PEMBEBASAN OKT LTTE ; RULE OF LAW BUKAN SELEKTIF ATAU UNTUK DISALAHGUNA

1. Sayap WIRAWATI PUTRA MALAYSIA mewakili PARTI PUTRA menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan isu keputusan Peguam Negara yang membebaskan tahanan kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE) secara tiba tiba dan mutlak.

2. Sayap WIRAWATI PUTRA Malaysia sama sekali TIDAK BERSETUJU dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Thomas yang menghentikan 34 pertuduhan terhadap 12 tahanan di bawah SOSMA yang bakal dibicarakan beberapa bulan lagi.

3. Paling menghairankan setakat ini tiada langsung kenyataan dari PDRM bahawa LTTE bukan lagi suatu ancaman atau keganasan kepada Malaysia namun Peguam Negara secara individu telah melangkaui kuasa Eksekutif KEMENTERIAN DALAM NEGERI sedangkan LTTE masih lagi disenarai sebagai kumpulan pengganas yang mengancam keselamatan negara dan rakyat MALAYSIA amnya.
Peguam Negara seolah olah menggunakan kuasa mutlak individu beliau tanpa kenyataan sokongan secara rasmi PDRM mahupun KEMENTERIAN DALAM NEGERI mengenai penarikan pertuduhan ini yang dilihat sebagai berat sebelah dan boleh dikatakan penyalahgunaan kuasa dari pejabat Peguam negara sedangkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence telah menolak ikat jamin OKT kes LTTE ini.

4. Seperti di dalam kenyataan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia TIADA BATASAN MASA dalam pertuduhan JENAYAH bagi MENDAKWA sesorang berikutan alasan Peguam Negara di mana pertuduhan pada 29 oktober 2019 berlaku lebih enam tahun sebelum itu, lalu tidak berkepentingan.

5. Keputusan secara tergesa gesa Peguam Negara menarik pertuduhan yang dikemukakan kurang dari 4 bulan dari 29 Oktober 2019 ditarik pada 21 Februarai 2020, di manakah justifikasi semasa membuat pertuduhan dan apakah logik serta ligitimasi penarikan secara sesuka hati wujud atas kuasa mutlak Peguam Negara.

6. Tindakan Peguam Negara ini boleh memberi impak negatif terhadap undang undang Malaysia seperti terlalu mudah ditukar, dipersenda serta mengancam keselamatan negara kerana adakah semua pihak pengganas yang disenarai oleh kerajaan dan PDRM yang lain boleh dibuang pertuduhan mereka sesuka hati?

7. Tindakan Peguam Negara juga mencalar kredibiliti serta imej PDRM yang telah bekerja keras serta sedaya upaya mengekang penyebaran pengganas dan menahan segala jenis pengganas dari menyelinap lalu menghancurkan Kedaulatan negara.

8. Sayap Pergerakan WIRAWATI PUTRA MALAYSIA memandang serius isu RULE of LAW yang dimainkan oleh Peguam Negara dan mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara menggalas tanggungjawab seberat ini untuk menjaga keselamatan Malaysia.

9. Sayap Pergerakan WIRAWATI PUTRA MALAYSIA menyokong PPMM MERAFAK SEMBAH Yang Dipertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri Malaysia agar mencampuri Urusan jawatan Peguam Negara diserahkan kepada individu yang lebih layak dan berkredibiliti.

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.