Tindakan memalukan, netizen mahu diambil tindakan

Tindakan senonoh itu dikecam hebat masyarakat

SETIU– Tindakan seorang pelayan wanita merelakan dirinya dipeluk pengunjung lelaki menerima kecaman hebat netizen terutamanya penduduk negeri Pantai Timur.

Ia berikutan tindakan tidak bermoral dipercayai berlaku di sebuah kedai di Setiu Terengganu, lapor Kosmo!.

Adegan memalukan itu tular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan dipeluk dua lelaki sambil dikerumuni beberapa yang lain.

Terdapat pengunjung lain gelak ketawa kerana suka dengan adegan dilihat, soalah-olah mereka bukan berada di Malaysia.

Majoriti netizen mengutuk kelakuan yang jelas memalukan serta bertentangan dengan hukum Islam dan mereka mahu pelaku terlibat dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.