Kelayakan Piala Dunia: Vietnam kecundang lagi

HANOI-Wakil tunggal Asia Tenggara, Vietnam tersungkur lagi dalam pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2022 Kumpulan B, malam ini.

Kali ini mereka tewas 1-0 kepada Australia di Stadium My Dinh.

Vietnam yang masih keciciran mata sebelum ini tewas 3-1 kepada Arab Saudi pada perlawanan pertama.

Tuan rumah berjaya melakukan 11 percubaan ke arah gawang gol lawan berbanding enam oleh Australia.

Bagaimanapun penguasaan penuh menjadi milik pelawat iaitu 69.9 peratus penguasaan berbanding 300.1 peratus oleh Vietnam.

Sementara itu, di Kumpulan A Korea Selatan mengumpul tiga mata penuh setelah tumpaskan Lubnan 1-0 di gelanggang sendiri.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.