SADA jawab isu tuduhan MPV Velfire

ALOR SETAR-Syarikat Air Darul Aman (SADA) menafikan penglibatan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dalam pembelian kenderaan MPV Toyota Velfire.

Pegawai Perhubungan SADA, Anas Aidi Rozai berkata, Menteri Besar Kedah tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan tersebut.

“Berhubung isu pembelian kenderaan MPV Toyota Velfire bernombor plat KEP5000 yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Di sini SADA ingin menjelaskan bahawa pembelian kenderaan tersebut telah diuruskan mengikut prosedur perolehan SADA serta telah diputuskan oleh pihak pengurusan SADA bagi kegunaan rasmi pihak pengurusan syarikat,”katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sanusi sejak beberapa hari lalu diserang musuh politiknya di media sosial.

Menteri Besar itu dituduh terlibat dalam pembelian berkenaan, kereta itu dikatakan “disorok” di Kuala Lumpur.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.