Aksi kedua Kedah vs JDT tanpa penonton

MFL menetapkan aksi kedua di antara JDT menentang Kedah di Alor Setar tanpa kehadiran penonton

ALOR SETAR-Perlawanan JDT menentang Kedah di Stadium Darul Aman Alor Setar pada 24 Mac ini akan diadakan tanpa penonton.

Keputusan itu diputuskan Malaysian Football League (MFL) ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kota Setar.

“Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKP dilakukan di beberapa daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula pada 1 hingga 14 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Maka MFL menetapkan bahawa perlawanan Liga Super 2021 Bil. 67 di antara Kedah Darul Aman FC melawan Johor Darul Ta’zim pada Selasa ini di Stadium Darul Aman akan dimainkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton,”kata kenyataan itu hari ini.

Perlawanan pusingan pertama di antara kedua-dua pasukan menyaksikan Kedah tewas 2-0 di tempat lawan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.