Virus B117 dikesan di Singapura

KUALA LUMPUR– Mutasi baru virus COVID-19 dari United Kingdom dikesan masuk ke Singapura.

Kompas melaporkan, virus berjenis B117 tersebut masuk melalui pelajar Singapura berusia 17 tahun.

Wanita berkenaan mengikuti pengajian di UK sejak Ogos lalu.

Pelajar berkenaan menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pulang ke Singapura pada 6 Disember sebelum demam sehari kemudian.

Dia disahkan positif COVID-19 pada 8 Disember.

MOH bagaimanapun mengesahkan tiada tanda-tanda virus baru itu menular di Singapura.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.