KUALA LUMPUR– Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) yang terlibat dengan penggeseran dengan peniaga belon hingga mendatangkan kecederaan serius kepadanya wajib dikenakan hukuman berat.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu ( PAMM) Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil kepada anggota-anggota terlibat.
“Kita telah dikejutkan dengan pengakuan Abang Belon dalam klip rakaman video pemimpin pembangkang.
“Peniaga tersebut dalam keadaan lemah mengaku patah tulang belakang. Dalam kita semua meraikan kegembiraan Aidilfitri, ada peniaga yang sama bangsa dan agama kita terlantar sakit angkara kekerasan anggota DBKL,” katanya kepada pemberita hari ini
Beliau berkata, segala bentuk kekerasan tidak boleh dimaafkan sama sekali.
“Pihak DBKL wajar disaman, anggota terlibat perlu dihukum dan Datuk Bandar Raya Kuala Lumpur serta Menteri Wilayah Persekutuan sewajarnya meletakkan jawatan. Kedua-duanya lemah dalam mentadbir dan menyelia pengurusan. Pihak DBKL hanya mengikut SOP telah ditetapkan pihak tertinggi kepada mereka. Dalam bahasa mudah, prosedur kerajaan dilaksanakan oleh pihak DBKL. Maka kerajaan juga wajib bertanggungjawaban.
“Kemarahan rakyat kini bukan kerana kekerasan semata-mata, tetapi kemarahan rakyat kerana pihak DBKL hanya berani dengan bangsa sendiri, dengan peniaga-peniaga asing yang bersepah mengapa tidak diguna kekerasan sama?
“Saban tahun peniaga-peniaga asing menjajah ekonomi di bandar metropolitan dengan senang hati, mereka umpama bebas berniaga tanpa rasa takut.
“Apakah mereka ini tidak dikenakan hukuman? Apakah hukuman hanya untuk orang-orang Melayu? Mengapa kuil haram bebas diberikan pilihan alternatif untuk berpindah? Kedurjanaan apakah semua ini?”katanya.
Beliau berkata, hasil penelitian video, anggota DBKL juga didapati menggunakan kekerasan yang boleh mendatangkan kematian.
“Adakah mereka ini bertempur dengan askar-askar Yahudi hingga perlu bertindak sedemikian rupa?
“DBKL perlu segera menghukum semua terlibat daripada pucuk kepimpinan hinggalah petugas bawahan. Tiada kompromi dalam soal ini,”katanya.
RENTAS7








Leave a Reply