SPAN tubuhkan jawatankuasa khas bekalan air Perlis demi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air

 

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi membantu Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) untuk mencapai Sasaran Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) yang telah ditetapkan pada Pelan Perniagaan Tempoh Operasi ke-4 (OP4) yang telah dipersetujui oleh SPAN.

Antara perkara yang menjadi fokus Jawatankuasa Khas adalah melibatkan enam KPI utama SPAN untuk ditambah baik oleh SAP.

SPAN berkata,KPI berkenaan ialah pengurangan air tidak terhasil (Non-Revenue Water – NRW), kualiti air terawat, margin simpanan air terawat, kesinambungan bekalan air dan nisbah operasi dan kompetensi dan strategi modal insan.

“SPAN sebagai sebuah badan kawal selia bagi perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan memandang serius pencapaian sasaran KPI oleh kesemua operator termasuk SAP yang merangkumi tadbir urus secara menyeluruh, pengurangan kadar NRW serta keupayaanmelaksanakan projek-projek perbelanjaan infrastruktur (CAPEX) di Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air.

“Jawatankuasa Khas ini akan diketuai oleh Anggota Suruhanjaya SPAN dan keanggotaan turut melibatkan wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), kerajaan negeri, SAP dan agensi-agensi utama yang berkaitan,”kata SPAN dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

SPAN berkata, kesemua ahli dalam jawatankuasa yang dipilih adalah terdiri daripada kalangan mereka yang berkepakaran dalam bidang industri perkhidmatan air.

RENTAS7

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.