KUALA LUMPUR– Negara bakal dipimpin kerajaan lebih teruk sekiranya ‘geng’ kluster mahkamah berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH sudah terbukti rasis, gagal, dan tidak menghormati kaum Melayu dan agama Islam sepanjang 22 bulan memerintah.
“Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin yang sayangkan perjuangan bangsa melayu.
“Pemimpin UMNO yang sanggup berpaling tadah untuk bekerjasama dengan PH pula adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri,”katanya kepada pemberita malam ini.
Beliau berkata, seandainya kluster mahkamah berkerjasama dengan PH akan memberikan impak besar kepada DAP untuk berkuasa semula.
“Ini akan membuat rakyat semua berada di dalam kegelisahan.
“Cukup la pengalaman 22 bulan pemerintahan PH terhadap rakyat. Suatu pengalaman yan tidak mahu dialami lagi,”katanya.
Mustaffa dalam pada itu mengakui kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelamahan, namun kelemahan PH lebih ketara dan bahaya.
Datuk Mustaffa Idrus”Dari sudut kelemahan kerajaan, bagi saya ialah terhadap ‘lockdown’ separuh masa. Jika kerajaan dapat mengatasi kelamahan ini, Insha Allah kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di Malaysia boleh dikawal.
“Tetapi PH sebenarnya lebih lemah memerintah apabila kaum bukan Pribumi berani naik ‘tocang’ dibawah pemerintahan mereka.
“Pemimpin Melayu PH yang ada pula bagaikan lembu dicucuk hidung dan boneka sahaja,”katanya.
RENTAS7








Leave a Reply