Imigresen cari lelaki ini..

Lelaki ini dikehendaki JIM

KUALA LUMPUR– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki Pakistan bernama Rawan Nasib.

Menurut JIM, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Alamat terakhir lelaki berusia 23 tahun itu ialah Tapak Pasar Malam Berhampiran SKS Coacbuilders Sdn Bhd Lot 9238 Jalan Puchong-Kajang Batu 20 Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong Selangor,”kata kenyataan itu hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen, TPPK Rafida Binti Sulaiman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801163 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.