Awas! JAKIM sahkan biskut ini campuran babi

Biskut yang disahkan mengandungi campuran babi oleh JAKIM

KUALA LUMPUR– Produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat bukan Islam disahkan mengandungi campuran babi oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru, biskut berkenaan haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dalam kenyataan berkata, produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bahkan tidak layak memohon.

“Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.

“Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork),”katanya kenyataan itu hari ini.

Kenyataan berkata, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya.

“Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini,”katanya.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.

http://www.smarthalal.com.my/faq.html

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.