BALING-Seorang pemuda yang hilang selepas kali terakhir dilihat mencari cacing pada petang semalam ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di Lata Bayu hari ini. Muhammad Luqman Zuraidi,56, dari Kampung Bakong ditemukan meninggal dunia di kawasan lubuk oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi. Ayah mangsa, Zuraidi Yaacob,56, berkata, mangsa pergi ke Lata Bayu untuk berkhelah bersama tiga rakan-rakannya. Menurutnya, dia mengetahui ...

ALOR SETAR-Seorang bekas anggota komando yang hilang sebelah tangan akibat terkena jerangkap samar komunis bukan sekadar menerima pampasan hanya RM2000, bahkan hilang tempat tinggal. Realiti menimpa wira negara itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dalam satu kenyataan di Facebooknya.   "Bekas komando ATM kena booby trap dalam peristiwa Gubir dulu dia kata terima ...

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ (gambar atas) yang dikepalai oleh seorang individu mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq. Manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia ...

PATANI-Umat Islam Patani Darussalam akan menyambut Ramadan pada Selasa ini umum Pejabat Sheikhul Islam Thailand. Pejabat itu memaklumkan tiada anak bulan kelihatan ketika proses pencerapan hilal Ramadan di lokasi-lokasi terbabit ketika Maghrib tadi. Selain Patani, semua wilayah dalam Thailand juga akan menyambut Ramadan Selasa ini sama seperti Malaysia dan Brunei. RENTAS7 ...

MELAKA-Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama KPDN Melaka turun padang dalam Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) di sekitar Jonker Walk, Melaka hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara objektif Sesi Advokasi ...

PATANI- Dua anggota polis sempadan Thailand parah selepas diserang hendap oleh pasukan pejuang kemerdekaan Patani dalam kejadian di Kampung Besu, Daerah Thanto Wilayah Yala semalam. Kejadian berlaku pada jam 3.15 petang itu melibatkan dua orang leftenan bernama Thanakrit chaihaow dan Watchari Mayachiew. Mereka telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Dalam perkembangan berasingan, pihak kerajaan Thailand telah memanggil 40 aktivis ...

KUALA LUMPUR-Ingatkan Majlis Perbandaran Taipei! Itulah rata-rata sindiran dan rasa kurang senang netizen terhadap Pertandingan Kaligrafi Cina Piala Nga Kor Ming Ke-14 yang dimuat naik oleh halaman Facebook Majlis Perbandaran Taiping. Lebih memburukkan keadaan apabila hanya bahasa Mandarin diletakkan pada poster hebahan pertandingan itu. Namun, poster di Facebook Majlis Perbandaran Taiping itu telah dikemas kini dalam bahasa Melayu dan diletakkan ...

PUTRAJAYA– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botol-botol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023. Ketua Pengarah KPDN, Datuk Azman Adam berkata, operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya ...