KUALA LUMPUR-Penyerang muda negara Lukman Hakim Shamsudin membaca doa sebelum turun beraksi mewakili kelabnya, KV Kortrijk dalam perlawanan persahabatan malam ini (waktu Malaysia). Menerusi gambar yang dikongsi kelab berkenaan di Facebook menunjukkan Luqman menadah tangan ketika berdoa, sebelum memasuki padang. Pemain remaja terbaik negara itu mendapat pengalaman berguna apabila diturunkan dalam perlawanan persahabatan kelabnya KV Kortrijk menentang Re Mouscron. Penyerang ...
PASIR PUTEH- Seorang nelayan yang hilang selepas bot dinaiki karam pada 31 Disember lalu ditemui meninggal dunia. Kapten Maritim Negeri Kelantan, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat Assari Leh, 46, ditemui jam 5.30 petang semalam "Berdasarkan maklumat awal, mayat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa ke-5 yang hilang dalam insiden bot nelayan karam JHF 2398 T pada 31 Disember ...
KOTA TINGGI- Seramai 287 mangsa banjir di negeri ini menerima bantuan makanan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri berkata, sumbangan disampaikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Balairaya Taman Jaya, Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 Skudai dan Pusat Penempatan Sementara SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. "Seramai 287 ...
BANGKOK-Ketika kebanyakan negara "mengejar" vaksin, Thailand muncul satu-satunya negara yang berani meluluskan ekstrak herba bagi rawatan awal penyakit COVID-19. Kementerian Kesihatan Thailand meluluskan tumbuhan herba hempedu bumi ( Androgrraphis Paniculata) untuk merawat individu yang dijangkiti wabak berkenaan, lapor Agensi. Kementerian Kesihatan Thailand dalam kenyataan berkata, herba berkenaan sudah diuji dan terbukti berkesan melegakan pesakit. Menurut kenyataan, penggunaan rawatan yang dapat ...
KUALA KETIL- Sebuah makam lama bertanda dua batu nisan daripada batu gunung dikesan berada dalam kebun kelapa sawit di Kampung Kuala Tembak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Padang Kulim, Abdul Wahab Zakaria, 63, berkata, makam lama dengan itu dipercayai berusia ratusan tahun. Menurutnya, ia dikenali sebagai makam Tok Panjang, nama yang diambil daripada saiz kubur yang panjang. ...
KULIM-Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) daerah Kulim meninggal dunia hari ini. Shaiful Azhar Ahmad Ali,51, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi. Arwah akan dikebumikan di Tanah perkuburan Masjid An-Janah, Alma. Bukit Mertajam petang ini. Selain komitmen sebagai pasukan keselam, arwah juga pernah bertugas sebagai wartawan akhbar tempatan. Punca kematiannya belum dikenal pasti. Rentas7.com ...
KUCHING- Seorang lelaki selamat selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Sultan Tengah siang tadi. Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya berkata, mangsa berusia 50 tahun memandu kereta jenis Perodua Alza. "Kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas. Bagaimanapun lelaki berkenaan selamat,"katanya. Menurutnya, pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan mengalihkan bateri kenderaan. Rentas7.com ...
KUALA LUMPUR- Polis bertindak pantas menanggalkan hiasan latar bertema komunis di sebuah restoran di Pulau Pinang hari ini. Hiasan yang mengagungkan perjuangan komunis itu tular di media sosial sejak semalam hingga menimbulkan kemarahan netizen. Hiasan latar di dinding itu menunjukkan lukisan anggota komunis bintang satu termasuk wajah dipercayai pemimpin gerakan pengganas berkenaan. Ia disertakan dengan kata-kata dalam tulisan Cina. Tindakan ...
KUALA LUMPUR-Kira-kira satu juta rakyat negara ini akan menerima suntikan vaksin bulan depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, suntikan vaksin seterusnya dijadualkan pada April dan Mei. Menurutnya, suntikan vaksin fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan fasa seterusnya melibatkan golongan rentan dan pesakit kronik termasuk buah pinggang, paru-paru, diabetes dan sakit jantung. "Pelan Imuninasi Kebangsaan COVID-19 ...
PATANI- Luluh hati seorang anak apabila bapanya ditembak mati di depan mata oleh penyerang tidak dikenali. Dalam kejadian jam 10 pagi waktu tempatan hari ini, mangsa, Samat Setama,43, berasal dari daerah Muang Yala maut ditembak mati ketika menaiki motosikal. Lebih tragis, mangsa menurut media tempatan ditembak ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya yang masih kecil. Kejadian berlaku di jalan raya ...













