KUALA LUMPUR-Seorang anak bertemu semula ibunya selepas 39 tahun terpisah. Rindu itu terubat selepas lelaki berkenaan berjaya menemui semula wanita itu sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelmarin. Lelaki menggunakan akaun Facebook, CT Ros Dani berkongsi kisahnya itu di laman sosial berkenaan. "Setelah aku dapat tahu akan laksananya PKP semula, aku terus bergegas dari Damansara ke Perak untuk bertemu ...
PUTRAJAYA-Urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan Lepasan Universiti Awam akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Februari 2021. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam kenyataan berkata, temu duga itu akan dilaksanakan secara maya bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. "Calon yang akan dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon-calon yang telah memohon atau mengemaskini maklumat melalui portal mySPP selewat-lewatnya ...
BALING - Lebih 250 pelajar dalam Parlimen Baling menerima sumbangan peralatan sekolah di Hotel Bayu, baru -baru ini. Sumbangan daripada Pengarah Urusan Grand Teknik Bina Sdn Bhd, Datuk Ir Abdul Manaf Hanafi itu bertujuan meringankan beban para waris daripada keluarga kurang berkemampuan terutama ketika negara sedang dihimpit dengan penularan wabak COVID-19. Melalui sumbangan itu, perbelanjaan waris dapat dijimatkan dan boleh ...
JAKARTA-Pendakwah Indonesia, Syeikh Ali Jaber atau nama sebenar Ali Saleh Mohammed Ali Jaber pernah menyatakan hasrat untuk meninggal dunia di Indonesia. Di hadapan ribuan hadirin yang hadir, Sheikh Ali Jaber, 44, sewaktu hayatnya pernah mendedahkan bahawa beliau bersama isterinya telah menulis wasiat berkenaan. "Saya semalam bersama isteri sudah menuliskan wasiat. "Dalam tulisan itu walaupun saya lahir besar di kota suci ...
KUALA PERLIS- Sebanyak 105 bungkusan daun ketum seberat 1050 kilogram (kg) dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam dua serbuan Op Bersepadu pada 12 Januari lalu. Op Bersepadu itu turut disertai sepasukan Polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar bersama Unit Risikan Marin, Risik Agensi Kawalan Sempadan Malaysia( AKSEM), Taskforce Balai Polis Kuala Perlis, serta Risik Batalion 18 Pasukan ...
MARAN- Tentera Darat Malaysia (TDM) membina Jambatan Compact Bailey 200Â di Kampung Belimbing bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat arus sungai deras. Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, jambatan asal itu menghubungkan Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya. "Jambatan itu dibina TDM melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) dan 2 Skuadron Rejimen ...
ALOR SETAR- Sebanyak 97 Kes positif COVID-19 dilaporkan di negeri ini hari ini. Jumlah itu termasuk satu kes daripada Kluster Batik yang baru dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kuala Muda mencatatkan kes paling tertinggi dengan 40 kes, diikuti Alor Setar (18), Sik dan Kulim (9), Kubang Pasu (8), Baling (7) dan Padang Terap (3). Selain itu, Pulau Langkawi yang sebelum ...
ARAU- Seorang wanita Thailand sanggup membayar RM4,600 bagi kos ujian saringan dan kuarantin demi bertemu suaminya di Perlis, Malaysia. Rokeeyoh Hemma,28, yang tinggal di selatan Thailand masuk ke negara ini pada 28 Disember lalu bersama anaknya berusia dalam lingkungan tiga tahun. Menerusi beberapa perkongsian wanita itu di Facebook, dia dikurantin selama 10 hari di Hotel Seri Malaysia, Perlis. Kini, dia ...
GERIK-Pengkalan Hulu mencatatkan fanomena suhu sejuk di bawah paras 20 darjah celsius sejak tiga minggu lalu. Penduduk, Mohd Idros Ali, 59, berkata, daerah Hulu Perak itu mencatatkan suhu sejuk luar biasa terutamanya pada waktu pagi dan malam. "Fanomena musim sejak ini berlaku sejak tiga minggu lalu. Waktu pagi dan malam mencatatkan suhu di bawah 20 darjah celsius. "Tapi pada pagi ...
KUALA LUMPUR-Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menitipkan puisi 'tersirat' susulan pelaksanaan tempoh darurat hingga Ogos 2021. Mohd Asri yang dikenali sebagai Dr Maza dipercayai menujukan puisi bertajuk darurat itu kepada ahli politik baik kerajaaan mahupun pembangkang. Rangkap pertama puisi berkenaan menyentuh perihal individu yang mengharapkan bebas daripada kes disabitkan mahkamah tidak kesampaian kerana pelaksanaan perintah darurat. Bagi ...













