“Siap mati di Indonesia”- Syeikh Ali Jaber

Syeikh Ali Jaber

JAKARTA-Pendakwah Indonesia, Syeikh Ali Jaber atau nama sebenar Ali Saleh Mohammed Ali Jaber pernah menyatakan hasrat untuk meninggal dunia di Indonesia.

Di hadapan ribuan hadirin yang hadir, Sheikh Ali Jaber, 44, sewaktu hayatnya pernah mendedahkan bahawa beliau bersama isterinya telah menulis wasiat berkenaan.

“Saya semalam bersama isteri sudah menuliskan wasiat.

“Dalam tulisan itu walaupun saya lahir besar di kota suci Madinah, Tapi Insha Allah siap mati di Indonesia,” katanya yang disambut laungan Allahuakhbar oleh para hadirin.

Allahyarham juga menyatakan telah membeli kain kafan bagi pengebumiannya.

“Bahkan semalam saya sudah membeli kain kafan, kain kafan dan saya sampaikan kepada isteri jangan tunggu saya pulang.

“Sampai ini persoalan dituntaskan dan diselesaikan dengan baik,,” katanya.

Video ucapan Syeikh Ali kembali tular di media sosial selepas beliau meninggal dunia hari ini.

Memetik laporan CNB Indonesia, pendakwah itu meninggal dunia di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.

Tokok ilmuan Islam itu pernah disahkan positif pada 29 Disember lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokkan harinya di Rumah Sakit Yarsi.

Bagaimanapun, Yayasan Syeikh Ali mengesahkan bahawa kematian Syeikh Ali tidak bersabit COVID-19 dengan keputusan akhirnya ialah negatif.

Syeikh Ali lahir di Madinah pada 3 Februari 1976, merupakan anak sulung daripada 12 beradik.

Pemimpin kerajaan Malaysia turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Syeikh Ali.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.