KUCHING-Seorang kanak-kanak cedera digigit ular sawa yang melingkar di dalam mangkuk tandas, semalam. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke Matang Jaya untuk menyelesaikan masalah itu setelah menerima panggilan kecemasan. Ular tersebut berjaya ditangkap. Kanak-kanak tersebut telah dihantar ke hospital. Rentas7.com ...

ALOR SETAR-Kedah FC terlepas peluang memintas JDT di carta Liga Super 2021 apabila tewas 2-1 di Stadium Darul Aman malam ini. Kedah yang turun dengan misi memburu tiga mata berharga bagi perlawanan kelapan liga terlebih dahulu di depan hasil jaringan sendiri pemain Terengganu FC pada minit ke-40. Bagaimanapun Terengganu menyamakan kedudukan melalui sepakan panalti pada minit ke-45. Pasukan pelawat menambah ...

KUALA LUMPUR-Kedaulatan Selat Melaka terus dipelihara dua negara berjiran Malaysia dan Indonesia melalui rondaan bersama. Memetik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Facebook, TUDM dan Angkatan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) mengadakan operasi rondaan di Selat Melaka selama dua hari. Menurutnya, rondaan bermula 6 April dan berakhir semalam (7 April). "Rondaan bersama atau Patroli Koordinasi Malaysia-Indonesia (PATKOR MALINDO) merupakan usaha kedua-dua ...

PATANI-Seorang bilal menjadi mangsa terbaru konflik berdarah di selatan Thailand selepas maut diserang dengan bom malam semalam. Kejadian itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Ibrahim, 35, berlaku di Kampung Naket daerah Khokpho di sini. Sejurus letupan bom, mangsa diserang dengan tembakan bertubi-tubi mengakibatkannya maut di lokasi kejadian. Punca sebenar kejadian belum dikenal pasti namun dipercayai ada kaitan dengan konflik keamanan ...

PATANI-Seorang guru wanita yang ditahan tentera pada 2 April lalu dibebaskan semalam. Selama empat hari, guru berkenaan ditahan di Kem Ingkhayut Bothong Patani. Media tempatan melaporkan, Aziyan Waji’ berusia 36 tahun di Balai Polis Patani pada jam 12. 00 tengah hari. Pembebasan guru Bahasa Inggeris itu dilakukan setelah pihak berkuasa menerima tekanan daripada mahasiswa, aktivitis dan masyarakat awam. Guru berkenaan ...

YALA- Seorang guru tempatan ditahan dalam kawasan sekolah oleh pasukan tentera semalam. Memetik laporan media tempatan, mangsa mengajar di sebuah sekolah Melayu dalam Mukim Charu Dearah Muang. Penangkapan Dalukdi Beto (gambar) dalam kawasan sekolah mengundang rasa tidak selamat penduduk dan warga sekolah. Tindakan tidak wajar dibuat dalam kawasan sekolah itu melanggar hak asasi manusia. Dalukdi Beto merupakan bekas pelajar universiti ...

KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan mengambil peluang mencipta kemenangan pada PRU-15 di atas kelemahan maufakat parti-parti sedia ada. Pengerusi perhubungan PUTRA Negeri Kedah, Datuk Mustafa Idros berkata, mngambil peluang di atas situasi itu, PUTRA mengambil keputusan untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Menurutnya, bagi konteks di Kedah, sekurang-kurangnya 20 kawasan DUN dan 10 Parlimen akan ditandingi ...

PATANI- Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut ditembak dalam satu insiden di kawasan Sidek Tempat 2 Mukim Sadawa Daerah Yakrang semalam. Media tempatan melaporkan mangsa dikenali, Muhammad Lukman Uma ditembak individu tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta. Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Mayat mangsa dihantar ke sebuah hospital bagi tindakan lanjut. Konflik berdarah selatan Thailand telah ...

  MERCHANG- Tiga bot nelayan Vietnam yang telah dilucutkan kerana menceroboh dan menangkap ikan dalam perairan negara ditenggelamkan berhampiran perairan Gong Balai semalam. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kesemua bot tersebut ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu sebagai tukun tiruan. Menurutnya, sebelum ini kesemua bot berkenaan telah ditahan serta dilucutkan hak oleh ...

KUALA KETIL- Pendaftaran bagi suntikan vaksin di Baling masih di paras tidak memuaskan. Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah berkata, data semasa di Baling menunjukkan baru 20,000 orang yang mendaftar bagi suntikan vaksin sedang sasaran kerajaan di daerah ini ialah seramai 106,000 orang. "Kita di daerah Baling ini baru 20,000 orang yang mendaftar sama ada melalui My Sejahtera, laman web ...