PUTRAJAYA- Semalam telah berlangsung Majlis Khas Ketua Pengarah Penerangan, Puan Roselindawati Abdul Rahman bersama-sama Para Juara Pertandingan Kenegaraan 2020 secara maya. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kenegaraan 2020 secara dalam talian yang telah melibatkan seramai 10,311 penyertaan rakyat Malaysia. Sebanyak tujuh (7) pertandingan telah dilaksanakan yang menawarkan hadiah berbernilai RM47,200.00 dan pertandingan-pertandingan tersebut adalah: i. Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka ...

KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dikaitkan dengan calon Perdana Menteri hanya memiliki lapan peratus sokongan daripada responden, menurut laporan Emir Research. Berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mendapat 10 peratus sokongan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperolehi enam peratus undian responden manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ...

SANDAKAN- Taktik lelaki tempatan bersama rakannya warga Filipina menyembunyikan muatan dadah dalam sebuah perahu kayu dikantoikan Pasukan Polis Marin (PPM). Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPN Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, lelaki tempatan berusia 38 dan lelaki Filipina berusia 41 tahun itu memiliki dadah di perairan laut Tabangka, Sandakan. Menurutnya, pegawai dan anggota PPM yang sedang melakukan rondaan awal pagi tadi ...

KULIM- Takdir menentukan Shahir Samin dari Kampung Sungai Lunas di sini mengalami penyakit jantung seawal usia dua tahun. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah di saluran penafasan dan paru-paru. Penyakit dihadapi kanak-kanak ini memerlukan dia menerima rawatan di Hospital Kulim, Alor Setar dan Pulau Pinang. Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) daerah Kulim, Muhamad Hadi Firdaus Ang berkata, kanak-kanak ini hanya bergantung ...

BALING- Malang tidak berbau, kanak-kanak berusia lima tahun melecur di kedua-dua bahagian paha akibat tersimbah air panas dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa, Naurah Ulfah Mohammad Nasuha berusia lima tahun dari Kampung Sungai Tembak. Ibunya Nazihah Hamid, anaknya tersimbah air panas dalam jug yang dibawa kakak sepupu Naurah berusia 11 tahun ketika mereka mahu memasak mi segera. "Kedua-dua kulit paha anak ...

KUALA LUMPUR-Malaysia memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian itu dimaterai selepas perbincangan yang mengambil masa lapan tahun sejak tahun 2013. "Saya telah menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian bersejarah itu yang ditandatangani oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Sidang Kemuncak RCEP ke-4 secara maya. ...

BALING-Sebanyak 10 sekolah menerima sumbangan naskah al-Quran daripada dua persatuan dalam daerah ini. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantung, SK Tanjung Pari, SK Seri Bayu, SK Kampung Bandar, SK Tunku Puan Habsah, SK Tunku Putera, SK Kampung Sera, SK Tiak, SK Kuala Kuang dan SK Kampung Padang. Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba), Mohd Nazry Bidin ...

KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa menyoal pemimpin dalam barisan kerajaaan sama ada mahu memperkuatkan gabungan atau berpecah. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, jika mahu berjaya dan dipercayai, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mestilah bekerja dalam satu pasukan. Menurutnya, jika dahulu PAS, UMNO, Bersatu dan semua parti kompenan kerajaan hari ini dapat bermaufakat demi menolak Pakatan Harapan (PH), mengapa ...

LUMUT- Sebanyak 40 buah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara pada kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak semalam. Kesemua bot itu bagaimanapun diusir keluar oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua bot tersebut milik nelayan Indonesia yang mempunyai empat orang awak-awak termasuk tekong bagi setiap bot. ...

ALOR SETAR-Moderator yang mengendalikan Wacana Rentas7 malam tadi memohon maaf kepada penonton kerana gagal mengendalikan siaran langsung itu dengan sempurna. Mohd Zukhi Ghazali  berkata, rancangan itu ditamatkan lebih awal daripada yang dirancang selepas beliau gagal menahan ketawa ketika siaran masih berbaki. "Di hujung siaran langsung, saya diberikan krew bertugas untuk membaca puisi secara spontan. Muzik yang dibuka juga spontan. "Namun ...