KUALA LUMPUR- Menghina Nabi Muhammad S.A.W melangkaui batas kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam. Menurutnya, ia disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W. "Sebagai negara yang demokratik dan sederhana, Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi ...

KUALA LUMPUR- Polis telah memulakan siasatan terhadap pemimpin DAP, Ronnie Than Kiew kerana memuat naik status Facebook berbaur penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Siasatan turut dibuat kepada tiga lagi individu yang memuat naik status kebencian terhadap YDPA di Facebook dan Twitter. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, Ronnie memuat naik status di Facebooknya pada 21 Oktober ...

SUNGAI PETANI-Siaran Wacana Rentas7 yang dipancarkan melalui FB Live di Facebook Rentas7.com akan kembali menemui penonton dalam masa terdekat. Jurucakap Rentas7.com, Mohd Zukhi Ghazali berkata, siaran berkenaan sebelum ini terpaksa dihentikan pada Ogos ekoran pandemik COVID-19. "Insha ALLAH, siaran akan kembali seperti biasa namun segalanya bergantung kepada keadaan semasa. "Paling awal mungkin kita akan mulakan kembali siaran pada hujung Oktober ...

KUALA LUMPUR- Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di sambung di Sabah, kerajaan turut melaksanakan langkah sama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes COVID-19. Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan perintah PKPB di seluruh WP Kuala ...

KUALA LUMPUR-Filem komedi, Mael Totey The Movie mencatatkan kutipan RM2.56 juta walaupun baru empat hari tayangan di Astro First. Pengarahnya Syahmi Sazli merakamkan terima kasih kepada semua yang menyokong filem pertamanya itu. "ALLAHUAKBAR. "Speechless". Kutipan 4 hari tayangan. Terima kasih buat semua yg setia menyokong. " Teruskan melanggan MTTM di Astro First saluran 480. Astro Njoi & Astro Go pun ...

KUALA LUMPUR-Presiden Amanah, Mohamad Sabu menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Desakan itu dibuat tidak lama selepas Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengumumkan tidak akan mengisytiharkan darurat buat masa ini. Bagaimanapun kenyataan di Facebook Presiden Amanah itu telah dipadam selepas dikecam hebat netizen. Netizen menyifatkan Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu membelakangi ...

KUALA-LUMPUR- Petisyen untuk menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 dilancarkan secara dalam talian hari ini. Petisyen berkenaan dimulakan Abdulllah Fahim. Asas kepada petisyen berkenaan supaya negara terkawal daripada ancaman COVID-19 dan selamat daripada perebutan kuasa. "Kami rakyat Malaysia tidak mahu Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 9 untuk tahun ini, ini kerana kami sebagai ...

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tidak perlu mengisytiharkan darurat buat masa kini. Keputusan itu dibuat selepas Raja-raja Melayu bersidang di Istana Negara hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indera Ahmad Fadhil Shamsudin berkata, Al Sultan Abdulllah sebelum itu berkenaan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri ...

KUALA LUMPUR-Seramai 1223 individu terdiri daripada pelbagai jawatan telah terpilih untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memaklumkan KKM mengenai kelulusan pelantikan berkenaan. Menurutnya, mereka terpilih terdiri daripada 624 Jururawat Gred U29, 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred ...

KUALA LUMPUR-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dilanjutkan selama 14 hari. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Sabah dilanjutkan setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di sana. Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Negeri Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020. "Ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih ...