Wacana Rentas7 kembali semula

SUNGAI PETANI-Siaran Wacana Rentas7 yang dipancarkan melalui FB Live di Facebook Rentas7.com akan kembali menemui penonton dalam masa terdekat.

Jurucakap Rentas7.com, Mohd Zukhi Ghazali berkata, siaran berkenaan sebelum ini terpaksa dihentikan pada Ogos ekoran pandemik COVID-19.

“Insha ALLAH, siaran akan kembali seperti biasa namun segalanya bergantung kepada keadaan semasa.

“Paling awal mungkin kita akan mulakan kembali siaran pada hujung Oktober ini,”katanya hari ini.

Sekurang-kurangnya tujuh siaran langsung Rentas7 telah dipancarkan melalui Facebook- membincangkan pelbagai isu semasa termasuk kisah hidup rakyat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.