SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak Perdana Menteri interim segera melucutkan jawatan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, keputusan membebaskan 12 individu yang berhadapan tuduhan menyokong Kumpulan Pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE) membuktikan Tommy mencampuri urusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk siasatan polis. Menurutnya, Tommy telah melangkaui jawatannya sebagai Peguam ...

PASIR GUDANG – Pasir Gudang menjadi bandar industri pertama dilengkapi dengan sistem pengawasan yang akan memantau kualiti udara secara nyata (real time) bagi memberi amaran awal sekiranya berlaku sebarang insiden pencemaran. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memasang sebanyak 25 buah stesen Photo Ionization Detector (PID) dan enam (6) unit ...

KUALA LUMPUR- PAS kekal komited menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa penyertaan DAP kata Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Shaari. (gambar) Namun katanya, PAS dan UMNO terpaksa menolak cadangan Dr Mahathir yang mahu membentuk kerajaan dengan penyertaan DAP. "Pada PAS, DAP ialah satu bentuk virus yang boleh merosakkan pentadbiran negara sekalipun penyertaan parti itu hanya dalam bentuk minima. "Pendirian ...

ALOR SETAR- Syarikat Air Darul Aman (SADA) dijangka mengambil alih peranan syarikat konsesi dan pengoperasian sekiranya berlaku perubahan kerajaan negeri ini. Pucuk pimpinan kerajaan negeri dijangka bertukar susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam. Menurut sumber dalaman SADA yang enggan didedahkan, pihak syarikat optimis kerajaan baharu akan memberikan penekanan kepada perkara berkenaan. “Sekiranya berlaku perubahan kerajaan negeri, kami di sini yakin ...

KUALA LUMPUR- Menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020 menjadi tugasan hari terakhir buat Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Menerusi tinjauan di media sosial, ia aktiviti terakhir Khalid yang dimuat naik pada pagi tadi sebelum lantikan menteri Kabinet dibatalkan malam ini. "Pagi ini saya berkesempatan Menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020," ...

NARATHIWAT- Lima ahli kumpulan gerakan bersenjata Patani maut dalam insiden berbalas serangan dengan tentera. Kejadian berlaku di Gunung Tak Wey mukim bukit, daerah Cho-airong, sebelum waktu tengah hari, semalam. Pertempuran berlaku selepas tentera melancarkan operasi khas menyerang kumpulan berkenaan, lapor Wartani. Lima anggota kumpulan itu disahkan mati dilokasi kejadian. Tentera merampas enam bilah parang, lima laras M16 dan satu laras ...

KUALA LUMPUR- Presiden Amanah, Mohamad Sabu memohon Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri. Mohamad Sabu berkata, partinya menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin Pakatan Harapan. "Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini. "Kami teguh berdiri bersama PH dan Tun untuk Malaysia ...

DIA bukan nama besar dalam arena politik di peringkat negeri mahupun nasional. Tetapi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu di sini dirinya amat dikenali penduduk. Sikapnya yang ramah dengan penduduk membuatkan ada yang mengusiknya sebagai "Yang Berhormat" (YB). Fakhurazi Ahmad,57, (gambar) atau mesra dipanggil Pak Ngah Yie adalah salah seorang individu terawal menggerakkan perjuangan PAS di kampung kelahirannya iaitu ...

SUNGAI PETANI- "Kembalikan kuasa kepada rakyat, bubarkan Parlimen" kata Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) Beliau berkata, PUTRA melihat dengan dekat senario politik yang berlaku sejak semalam dan amat bimbang sekiranya tidak diselesaikan dengan baik. Menurutnya, demi rakyat, Yang di-Pertuan Agong diharap membubarkan Parlimen bagi membolehkan satu pilihanraya umum baru dilangsungkan. "Adalah satu jalan ...

KENYATAAN MEDIA SAYAP WIRAWATI PUTRA MALAYSIA Oleh: Dr Asmah Razalli (gambar) Ketua Wirawati Parti PUTRA Malaysia ISU: PEMBEBASAN OKT LTTE ; RULE OF LAW BUKAN SELEKTIF ATAU UNTUK DISALAHGUNA 1. Sayap WIRAWATI PUTRA MALAYSIA mewakili PARTI PUTRA menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan isu keputusan Peguam Negara yang membebaskan tahanan kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam ...