KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 mengutip tiga mata berharga bagi memburu tiket ke separuh akhir walaupun kelebihan mengisi slot tersebut tampak lebih memihak kepada tuan rumah Filipina. Anak buah Datuk Ong Kim Swee meraih kemenangan pertama hasil kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste bagi aksi ketiga Sukan SEA Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal, Filipina malam ini. Perlawanan ketiga ini juga menyaksikan ...

KUALA TERENGGANU-Lajnah Kebajikan, Jabatan Amal, Briged Muslimat dan NGO dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesemua agensi berkenaan telah digerakkan melalui Khidmat Malaysia. "PAS turut mengajak semua pihak untuk segera menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa banjir, sebagai tanda prihatin terhadap musibah yang menimpa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, ...

KUALA LUMPUR- Konsep "Rahmah" diaplikasikan dalam pentadbiran Malaysia baru demi memastikan kesejahteraan, kesepaduan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, konsep itu seiring dengan pendekatan "Rahmah" yang terkandung nilai (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra dan Alami). "Antara intipati saya tekankan kepada para hadirin, tentang keperluan mengambil jalan kesederhanaan bagi meredakan jalur ekstrim ...

KUALA LUMPUR- Skuad B-22 negara tewas 1-0 kepada tuan rumah Filipina bagi aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi. Sejak minit pertama permainan, anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat bergelut bermain di atas padang rumput tiruan. Berbanding pasukan tuan rumah, bermain di atas rumput tiruan ternyata memberikan kelebihan kepada mereka apabila lebih selesa mengawal ...

  SANDAKAN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 584 biji telur penyu dari negara jiran yang cuba diseludup ke negara ini pada 26 November lalu. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, kesemua telur dalam satu karung guni itu cuba diseledup menggunakan bot penumpang. "Bot itu ditahan lebih kurang pukul 1.30 petang di posisi 1.3 batu ...

  BALING-Lima beranak yang tinggal di sebuah pondok usang dalam kebun di Kampung Air Kembai mendapat perhatian Bridged Bakti Malaysia (BBM) cawangan Kedah. Keluarga berkenaan terdiri daripada Megat Nur Asyeqi Megat Husin,34, (ayah) dan Siti Roshamilia,31, (isteri). Empat anak pasangan ini adalah Puteri Amira Husna Megat Nur Asyeqi,10, Puteri Alisa Husna Megat Nur Asyeqi,8, Megat Hanis Mukhrizh Megat Nur Asyeqi,5, ...

  ARAU- Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak yang sengaja menghina bendera Jalur Gemilang dikenakan tindakan tegas. Beliau berkata, tindakan seumpama itu adalah perbuatan yang sangat melampau. "Penghinaan terhadap bendera negara oleh pihak yang diberikan kerakyatan merupakan satu perbuatan yang sangat melampau yang mesti diambil tindakan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian dipercayai mengulas ...

KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 menentang Myanmar 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini. Myanmar yang bermain corak serangan pantas mengejutkan skuad negara pada minit ke-12 hasil jaringan Soe Moe Kyaw. Tersentak jaringan itu anak buah Ong Kim Swee memperkemaskan permainan dan hasilnya Hady ...

SIPITANG-Usahawan pekebun kecil di Sabah bakal menerima manfaat daripada Bantuan Ekonomi Tambahan disediakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Haji Yacob berkata, bantuan daripada program Pembangunan Usahawan bernilai RM10,000 itu disediakan dalam bentuk kelengkapan dan peralatan. Menurutnya, ia bertujuan menambah baik pengurusan perniagaan mereka yang berkelayakan. "Berikutan kejatuhan harga getah, ...

JAKARTA- Sejarah pemberontakan dan kekejaman Parti Komunis Indonesia (PKI) perlu didedahkan para guru kepada murid dan pelajar di sekolah. Menteri Pertahanan, Probowo Subianto berkata, para guru perlu memainkan peranan itu sewajarnya. "Saya harap guru sejarah di sekolah-sekolah menyampaikan sejarah pemberontakan dan kekejaman PKI yang benar kepada para siswa-siswi," katanya yang dipetik daripada Kompas. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada ...