Kerajaan negeri Kedah bantu mangsa ribut

Hassan Saad kiri menyampaikan sumbangan kepada salah seoarang penerima

KUPANG– Sebanyak 10 rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut pada 24 April lalu dibantu kerajaan negeri, hari ini.

Mereka yang terlibat adalah dari Kampung Sirako, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Kuala Pegang, dan Lubok Kabu.

Kesemuanya menerima sumbangan dalam bentuk tunai.

Terdahulu, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Hassan Saad bersama wakil Pejabat Daerah Baling turun padang menziarahi kesemua keluarga berkenaan bagi menyampaikan sumbangan.

Turut hadir, Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang , Mohd Sabri Abu Bakar, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, Fadlan Saidin dan Wakil Jabatan Amal Kawasan Baling, Mohd Nadzir Ibrahim.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.