Empat sekolah ditutup di Kedah

ALOR SETAR– Jumlah penutupan sekolah di Kedah akibat COVID-19 meningkat kepada empat buah setakat hari ini setelah guru dan murid disahkan positif COVID 19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Pengarah dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, ia melibatkan dua sekolah dalam daerah Pokok Sena dan dua lagi di Baling.

“Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SMK Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Kiau di Pokok Sena, dan dua di Baling iaitu SMK Baling  dan SMK Bongor.

“Sekolah ditutup selama tujuh hari mulai 11-17 Okt 2020,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tujuan penutupan adalah utk proses saringan kepada para guru dan murid yang menjadi kontak rapat dan proses nyah kuman atau sanitasi kawasan sekolah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.