Umat Islam Malaysia puasa Ahad ini

Kami di Rentas7 mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan kepada semua pembaca setia, tidak kira di mana anda berada

KUALA LUMPUR-Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa 1433 Hijrah bermula 3 Mac 2022, Ahad ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad 03 hb. April 2022.”kata kenyataan.

Tarikh bulan puasa jatuh pada Ahad setelah anak bulan tidak kelihatan ketika proses mencerap anak bulan berdasarkan rukyah dan hisab dilakukan pihak berautoriti petang tadi.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.