Kecundang 1-0, Malaysia bergelut di atas rumput tiruan

KUALA LUMPUR– Skuad B-22 negara tewas 1-0 kepada tuan rumah Filipina bagi aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi.

Sejak minit pertama permainan, anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat bergelut bermain di atas padang rumput tiruan.

Berbanding pasukan tuan rumah, bermain di atas rumput tiruan ternyata memberikan kelebihan kepada mereka apabila lebih selesa mengawal bola serta mendominasi permainan.

Sepanjang separuh masa pertama, skuad negara hanya melakukan satu percubaan tepat ke arah gawang tuan rumah melalui sepakan percuma diambil Adam Nor Azlin pada minit ke-22.

Kim Swee terpaksa melakukan dua pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Luqman Hakim Shamsudin dan Umar Hakeem

Minit ke-73 menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan apabila Filipina yang mendapat sokongan ribuan penyokong menghasilkan gol.

Gol berpunca daripada sepakan penjuru diambil ,Stephan Schrock yang melencong masuk ke gawang negara gagal dikeluarkan penjaga gol Haziq Nadzli dan pemain pertahanan.

Kekalahan pertama malam ini selepas seri 1-1 dengan Myanmar pada aksi pembukaan menyukarkan laluan Malaysia ke separuh akhir.

Timor Leste dan Kemboja menanti skuad remaja negara pada 2 dan 4 Disember.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.